Jualan September di Jerman, Smart mendahului (819 unit), BYD di tangga ke-5

461

Sebanyak 224,502 unit kenderaan penumpang didaftarkan di Jerman bulan lalu yang mana hampir sama dengan jualan September tahun lalu. 

Segmen BEV merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 14 peratus mewakili 31,714 unit pendaftaran iaitu penurunan 28.6 peratus daripada setahun lalu.



Versi plug in hibrid (PHEV) pula merekodkan jualan 15,383 unit yang mewakili 7 peratus perkongsian pasaran.

Segmen tersebut menyaksikan penurunan sebanyak 45 peratus berbanding tahun lalu, lapor Pihak Berkuasa Permotoran Persekutuan Jerman (KBA).

Pendahulu pasaran, Tesla merekodkan jualan kenderaan elektrik (EV) sebanyak 4,216 unit, turun 69 peratus berbanding tahun lalu.

Smart, antara jenama yang berkembang pesat merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun 137 peratus dan pendaftaran 819 unit kenderaan pada September.

Di Jerman, Smart hanya menjual dua model iaitu #1 dan #3. Kedua-dua produk itu dipasang di kemudahan Geely di Xi’an bagi #1 manakala #3 dipasang di Changxing. 

Bagaimanapun, jenama usahasama Mercedes-Benz AG and Zhejiang Geely Holding Group itu merekodkan penurunan 72 peratus berbanding bulan sebelumnya apabila mendaftarkan 2,947 unit EV di Jerman.

MG SAIC menduduki tempat kedua dengan pendaftaran 777 kereta, turun 55 peratus daripada tahun lepas dan 68 peratus turun daripada bulan sebelumnya.

Polestar pula berada di tempat ketiga dengan jualan 506 kereta, turun 32 peratus daripada bulan lalu dan turun 24 peratus daripada tahun sebelumnya.

Sementara, Nio hanya mendaftarkan 80 kereta, turun 80 peratus daripada bulan sebelumnya. Perbandingan tahun ke tahun tidak tersedia kerana Nio secara rasmi memasuki pasaran Jerman pada Oktober tahun lalu dan memulakan penghantaran pada November.

Di Jerman, Nio menawarkan dua pilihan pemilikan iaitu menerusi pembelian atau langganan. Kebanyakan syarikat memilih sistem langganan sebagai alternatif sewa. 

Model sedan ET7 menjadi pilihan utama langganan berbanding pembelian standard, namun Nio menjelaskan bagi sedan kompak ET5 dan SUV kompak ES6 nisbahnya 50:50. 

BYD pula mendaftarkan sebanyak 196 unit kenderaan, turun 90 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan rekod jualan 2,000 unit di Jerman.

Begitu juga buat Great Wall Motors jenama ORA yang menjual 333 unit, turun 85 peratus berbanding bulan Ogos. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here