Porsche Cayenne CKD: Spesifikasi standard dipertingkatkan untuk versi tempatan harga RM599,999

466

Selepas beberapa bulan menyambut debut di peringkat global, Porsche Malaysia diwakili oleh Sime Darby Auto Performance melancarkan Porsche Cayenne pemasangan tempatan (CKD) baharu. 

Kereta sports ikonik untuk lima penumpang itu kini diperhalusi supaya lebih mewah dan berprestasi tinggi. Ia hadir dengan konsep kawalan dan paparan digital, teknologi chasis baharu serta spesifikasi tempatan yang dipertingkatkan. 

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2002, kereta sport Porsche untuk lima orang penumpang, Cayenne menjadi ikon tersendiri dan juga antara model penting dalam portfolio Porsche. 



Pakej peralatan standard yang dipertingkatkan

Cayenne pemasangan tempatan baharu itu dilancarkan ke pasaran Malaysia dengan pakej peralatan standard yang dipertingkatkan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, pintu jenis soft- close dan Sport Chrono Package. Peralatan standard yang ada pada Cayenne pemasangan tempatan sebelum ini juga dikekalkan. 

Sebagai contoh, tempat duduk kawalan elektrik 14 tetapi dengan ciri memori, sulaman logo Porsche pada perehat kepala kerusi hadapan, kawalan pendingin hawa empat zon dan bidai cermin belakang kawalan elektrik. 

Porsche Malaysia mengumumkan pakej personalisasi untuk model Cayenne pemasangan tempatan.

Pilihan rim bersaiz 21 inci dan 22 inci.

Pelanggan boleh menempah pilihan rim Cayenne Exclusive Design bersaiz 21 inci dan rim Sport Design berukuran 22 inci. Bukan itu sahaja, beberapa aksesori gaya hidup Porsche Tequipment seperti sistem hiburan untuk tempat duduk belakang yang mampu meningkatkan pengalaman pelanggan ketika berada di dalam Cayenne baharu turut ditawarkan. 

Jika perjalanan membabitkan laluan off-road, ada banyak aksesori Porsche Tequipment boleh dimiliki. Antaranya termasuklah khemah bumbung dan kotak bumbung berprestasi, rak letak basikal di bahagian belakang serta banyak lagi.

Ia menggunakan enjin 3.0 liter V6 turbo yang menyalurkan 353PS dengan tork setinggi 500Nm yang mana peningkatan 13PS dan 50Nm berbanding model sebelum ini. Kuasa itu disalurkan ke transmisi lapan kelajuan Tiptronic S.

Dengan harga bermula RM599,999 Porsche Cayenne pemasangan tempatan boleh ditempah menerusi platform digital yang mudah di pautan mycayenne.online.

Pelanggan yang berminat juga boleh mengunjungi Porsche Centre terdekat atau layari laman web Porsche Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here