Pengarah JSJ Bukit Aman : Sarjan mampu miliki Alphard, Vellfire atau Mercedes

471

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran keras terhadap anggota yang masih bersubahat dengan sindiket jenayah.

Mohd Shuhaily berkata, situasi berkenaan perlu diberi perhatian oleh setiap pegawai atasan atau penyelia dalam JSJ di seluruh negara.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Susulan terdapat pegawai yang sanggup ‘menjual’ nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat salah dalam sesuatu operasi.



“Dalam erti kata lain, dalam pasukan ini kelak, ada yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan duit.

“Perkara ini berlaku kerana tiada penyeliaan untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan.

“Bagaimana seorang Sarjan mampu memiliki Alphard, Vellfire atau Mercedes? Adakah pegawai atasan mereka atau penyelia bertanya bagaimana boleh memiliki kenderaan mewah? Ada buat pengisytiharan harta?,”tegasnya.

Jelasnya, penyeliaan oleh pegawai atau penyelia atasan ini adalah satu perkara yang sedia ada dalam arahan penugasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda (pegawai atasan) buat benda merapu-rapu, sebab apa? Bosnya sendiri tak ambil peduli. Bukan setakat tak ambil tahu malah bosnya pun sama.

“Ada bos dan Sarjan pergi beli kereta mewah, hasil imbuhan wang daripada sindiket. Mereka pula sama-sama memilih nombor pendaftaran kenderaan dan inilah situasi yang berlaku dalam pasukan,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau turut memberi amaran kepada seramai 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan malah tidak teragak-agak menukar mereka keluar.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here