Tesla jual 74,073 kenderaan ‘made in China’ pada September, turun 11 peratus

321

Tesla China menjual sebanyak 74,073 kenderaan yang dikeluarkan di kemudahan Giga Shanghai pada bulan September, lapor Pertubuhan Kenderaan Penumpang China (CPCA).

Sekitar 30,000 daripadanya dieksport ke pasaran luar negara. Tesla buatan China itu  menyumbang sekitar separuh jualan keseluruhan pada bulan September iaitu 51.2 peratus.

Tesla Giga Shanghai

Sejak awal tahun, perkongsian penghantaran Tesla China menunjukkan penurunan. Bulan lalu, jualan kilang Shanghai menurun 11 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 12 peratus berbanding bulan Ogos sebanyak 84,159 unit.



Bermula Januari hingga September tahun ini, Tesla menjual 700,000 kenderaan buatan China di seluruh dunia.

Pada 1 Oktober lalu, Tesla memperkenalkan versi naiktaraf Model Y di China. Walaupun menerima kemas kini pada papan pemuka dan rim serta lebih berkuasa, harga jualan masih kekal sama bermula CNY 263,900 (RM170,307). 

Manakala pada 1 September, Tesla memulakan pra jualan Model 3 facelift. Sedan elektrik baharu itu 12 peratus lebih mahal daripada versi sebelumnya.

Ia merupakan langkah berani dalam pasaran China yang sangat kompetitif. Model RWD bermula pada CNY 259,900 (RM168,673), menjadikannya setanding dengan harga Model Y. Penghantaran akan bermula pada suku keempat tanpa mendedahkan tarikh yang tepat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here