Seorang pengguna media sosial X berkongsi satu klip video pendek yang menunjukkan Proton X70 terbakar di Puspakom Alor Gajah, Melaka.
Pada video itu, plastik yang membaluti bahagian kerusi masih belum dibuka dan asap tebal keluar dari bawah bonet X70 berwarna kelabu berkenaan. Asap tebal itu kemungkinan selepas menggunakan pemadam api.
Bagaimanapun, punca kebakaran tidak dikongsi pada ciapan tersebut dan buat masa ini pihak media hanya menunggu kenyataan rasmi daripada Proton.
Seperti mana yang dilakukan oleh pengeluar berkenaan selepas kejadian kebakaran pada X90.
Proton X70 versi pemasangan tempatan diperkenalkan tiga tahun lalu menerusi empat pilihan varian.
Kemudian pada tahun lalu, Proton memperkenalkan versi MC1 dengan janakuasa 1.5 liter TGDi yang menghasilkan kuasa 174hp dan tork 255Nm.
Aduh.. .X70 baru.. terbakar. Plastik pun belum bukak lagi. 😅
Lokasi: Puspakom Alor Gajah pic.twitter.com/1zVNwDzTtq
— Hafiz Rahim (@hafizmdrahim) October 11, 2023