Pemandu ambulans berhenti ambil pisang goreng ketika bawa pesakit

764

Sebuah hospital di Nakhon Nayok, Thailand mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden pemandu ambulansnya berhenti untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan ketika membawa pesakit, lapor portal berita Thai PBS World semalam.

Berikutan insiden itu, pihak hospital menghantar wakilnya untuk memohon maaf kepada keluarga pesakit tersebut, Sommai Thongkerd, 64.

Gambar hiasan

Dia menaiki ambulans  tersebut kerana mengalami kesukaran bernafas pada Jumaat lalu. Dalam perjalanan menuju hospital, pemandu berhenti sebentar untuk mengambil pisang goreng daripada  penjaja tepi jalan. 



Pemandu itu dilaporkan memesannya menerusi internet dan memberitahu penjaja untuk menyerahkan makanan tersebut ketika dia dalam perjalanan  ke hospital.

Anak perempuan Sommai, Suchada Mali, 32, yang berada dalam ambulans bersama bapanya yang sakit  memerhatikan kejadian tersebut.

Insiden  terbongkar selepas wanita berkenaan mengadu mengenainya di media sosial selepas aduan kepada pihak hospital tidak membuahkan hasil. 

Pada Isnin lalu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa ambulans tersebut cuma berhenti selama tiga saat.

Sommai dimasukkan ke hospital untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang  pada  keesokan harinya selepas keadaannya kembali normal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here