Kerajaan Pahang ‘terkejut’ dengan rancangan plaza tol di Genting

320

Kerajaan Pahang terkejut dengan rancangan memperkenalkan caj tol perjalanan sehala ke Genting Highlands.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan semasa mesyuarat exco negeri.



“Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol.

“Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu. Biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata beliau tidak pasti mengenai laporan itu dan sedang mendapatkan pengesahan.

Media Akhbar Cina melaporkan pemandu ke Genting Highlands tidak lama lagi perlu membayar caj tol dan Lingkaran Cekap Sdn Bhd, yang bertanggungjawab menyelenggara kerja-kerja jalan raya di Genting akan menguruskan operasi tol itu.

Jurucakap Lingkaran Cekap menyatakan pemandu hanya perlu membayar sekali apabila perjalanan ke Genting dan lebih banyak perbincangan akan diadakan sebelum pengumuman dibuat.

Media sosial dihebohkan dengan imej yang mendakwa sebagai struktur gantri untuk pembinaan plaza tol yang mana sesetengah pihak mendakwa ia mirip pondok kutipan bayaran masuk. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here