Xpeng perkenal MPV elektrik X9, pesaing baharu Denza D9

455

Xpeng memperkenalkan MPV tujuh kerusi, X9 pada acara Hari Teknologi 1024 jenama itu.

Kereta elektrik (EV) Xpeng itu berdiri di atas platform SEPA 2.0 yang menampilkan stereng gandar belakang dan rekaan futuristik inspirasi kapal angkasa.



Mekanisma stereng roda belakang (atau gandar belakang) membolehkan tayar belakang bergerak sama apabila roda depan membelok.

Apabila pemandu membelok stereng ke kanan, roda belakang juga akan membelok sedikit ke kanan untuk membantu ketangkasan kenderaan. Ia berfungsi pada kelajuan sederhana atau tinggi dan dipanggil stereng arah yang sama.

Bagaimanapun, jika pemandu memusing stereng ke kanan pada kelajuan rendah, roda belakang akan beralih sedikit ke kiri untuk membantu pergerakan yang dipanggil stereng bertentangan arah.

MPV itu berdasarkan seni bina SiC voltan tinggi 800V dan akan menjadi kereta pertama yang dilengkapi dengan perisian kabin XOS Tianji Xpeng.

Bakal dilancarkan pada Pameran Auto Guangzhou, 1 November depan, X9 merupakan MPV besar dengan panjang hampir 5.3 meter.

Dimensi panjangnya adalah 5,293 mm, lebar (1,988 mm) dan tinggi (1,785 mm) dengan jarak roda 3,160mm. Xpeng menawarkan dua pilihan enjin iaitu:

Model pengenalan pacuan roda depan (FWD)

  • motor depan 235kW
  • bateri LPF daripada  Eve Energy
  • kapasiti  bateri 84.5/101.5kWh 

Model prestasi pacuan semua roda (AWD)

  • motor 370kW (235kW depan + 135kW belakang)
  • bateri litium NMC daripada CALB
  • kapasiti bateri 101.5 kWh 

Berdasarkan kombinasi bateri dan enjin, X9 menawarkan jarak pemanduan sejauh 610km, 640km dan 702km.

Di China, Xpeng X9 bakal bersaing dengan Zeekr 009, Denza D9, Hycan V09, dan model akan datang Li Mega. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here