Ford Everest WildTrak SE dan Ranger Platinum rasmi lancar, harga mula RM183k

314
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar rasmi Ford di Malaysia memperkenalkan dua model ke pasaran tempatan iaitu:

 

  • Ford Everest WildTrak SE : RM338,888
  • Ford Ranger Platinum : RM183,888

Ford Everest WildTrak Special Edition

  • Varian terbaru Ford Everest ini direka khas buat keluarga yang menggabungkan prestasi dan pemanduan yang menyeronokkan. Pada masa sama, mengutamakan keselesaan. 
  • Ford Everest Edisi Istimewa ini didatangkan dengan warna baharu Luxe Yellow bersama aksen Boulder Grey.
  • Ia menggunakan enjin 2.0L Bi-Turbo dengan kuasa 210PS @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm bersama transmisi 10-kelajuan automatik dan pacuan 4WD. 
  • Ada enam mod pemanduan bagi prestasi maksimum iaitu Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand. 
  • Everest dilengkapi dengan e-shifter dan brek parkir elektrik yang meningkatkan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), seperti bantuan parkir automatik sepenuhnya.
  • Dalam kabin direka semula menerusi kerusi balutan kulit sintetik hitam dengan jahitan benang jingga dan logo ‘WildTrak’ pada penyandar kerusi depan serta lampu ambien pada papan pemuka.
  • Turut tersedia skrin multi fungsi 12-inci dan kluster instrumen 12.4-inci.
  • Meningkatkan penampilan gaya hidup lasak, versi SE itu didatangkan dengan gril hitam lencana ‘WILDTRAK’ pada hud. Tidak ketinggalan rel bumbung yang menyediakan ruangan tambahan simpanan barang. 

Ford Ranger Platinum

  • Model tertinggi Ranger Platinum didatangkan eksklusif dengan spesifikasi dua kabin.
  • Janakuasa enjin 2.0L Bi Turbo diesel menghasilkan kuasa 210PS dan tork 500Nm bersama transmisi 10-kelajuan automatik dan e-Shifter.
  • Naiktaraf luaran yang ditawarkan termasuklah gril unik, rim aloi 20-inci (pertama dalam Ranger), lencana hud Platinum, kemasan krom sutera, lampu depan LED Matrix, pintu pelantar tabung gas, sistem rak fleksibel, penutup roller berkuasa dan warna baharu Equinox Bronze.
  • Manakala kabin menerima kluster instrumen digital berwarna 12.4-inci, skrin infotainmen multi-fungsi 12-inci, kerusi depan dengan fungsi pemanas dan ventilasi, kerusi pemandu dengan memori dan pelarasan 10-cara (juga kerusi penumpang depan), sistem audio Bang & Olufsen Premium, Active Park Assist 2.0, plat lencana Platinum pada kerusi depan dan glovebox atas serta aksen jahitan benang putih dalam kabin. 
  • Ranger Platinum didatangkan dengan waranti pengilang 5-tahun atau 160,000km (mana tiba dahulu). 
  • Pelanggan yang menempah Ranger Platinum pada 3-5 November akan menerima pemegang telefon Xiaomi percuma dengan ciri buka dan tutup automatik.
  • Selain itu, pelanggan juga akan menerima Diskaun Ford Ranger Getaways sebanyak RM1,000, yang akan diterima melalui kod promo semasa penghantaran kenderaan.

 

 



 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here