Suami cedera motosikal dilanggar kekasih isteri ketika cubaan melarikan diri

390

Seorang suami mengalami luka pada bahagian atas kepala, kaki dan tangan kiri selepas nekad menghalang isterinya lari mengikut lelaki lain.

Dalam kejadian, Khamis lalu pada kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 34 tahun datang ke salun milik mereka bersama rakannya di Taman Thivy Jaya Seremban untuk berbincang tentang perceraian.



Berdasarkan perkongsian Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya, P. Gunnasekaran menyatakan apabila tiba di lokasi dia mendapati isterinya berada dalam kereta manakala teman lelakinya yang dikenali sebagai David berada di luar.

“Selepas nampak mangsa, dia masuk kereta dan lari dari tempat tersebut dan cuba melanggar rakan mangsa yang berada di depan kereta.
 
“Kemudian, mangsa dan kawannya terus mengejar kereta tersebut dengan motosikal dan cuba memberhentikan mereka tetapi apabila sampai di lampu isyarat Jalan Rasah menuju ke tol Kuala Lumpur motosikal mangsa dilanggar,” tulisnya.
 
 
Berdasarkan laporan Berita Harian, selepas insiden itu kekasih isterinya mengundurkan kereta dan cuba melanggar dirinya.
 
“Saya bangun ke arah kereta, namun mereka mengundurkan kereta cuba melanggar saya menyebabkan saya melompat ke atas kereta sebelum terjatuh ke jalan tidak lama kemudian,” katanya menambah sepanjang perkahwinan tidak pernah memukul isteri dan anak. 
 
Mangsa memberitahu isterinya yang merupakan warganegara Vietnam berumur 29 tahun itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki itu sejak tiga tahun lalu.
 
Perselisihan faham antara mereka juga pernah berlaku selepas mendapati isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki tersebut.
 
 
Dia telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian pada 3 November di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban kira- kira jam 5.37 petang.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
 

Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas kesalahan memikat wanita yang bersuami dengan niat jahat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here