Terpaling Havoc Mega Gathering V1 himpun hampir 5,000 kenderaan

862

Terpaling Havoc Mega Gathering V1 2023 yang berlangsung pada 28 Oktober 2023 bertempat di Litar Drag Gong Badak,Terengganu meriah dengan dihadiri peminat dalam dunia permotoran tempatan.

Penganjuran julung kali ini juga berjaya menghimpunkan hampir 5,000 kenderaan car club gathering dan motosikal. Penyertaan Autoshow dan Audioshow sebanyak 400 peserta dan hampir 15,000 orang pengunjung tempatan hadir ke acara berkenaan.



Ia adalah penganjuran sulung buat Castcall Asia Sdn Bhd selaku peneraju utama dengan kerjasama beberapa pihak lain seperti Mustang Club Malaysia, Cpurt Event Managment, Fullthrottle Official, RD Terengganu, Ducati Official Club Malaysia , DREC 469 Truecore yang mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia & Sukan dan Rakan Muda .

Bagi pengujuran kali ini juga, pelbagai aktiviti disusun dengan teliti kepada peserta dan pengungjung yang hadir, seperti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti Honda Ferio EG yang bernadikan enjin B18, Yamaha RX-Z selain hadiah-hadiah lain sumbangan dari penaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM200.000.

Selain itu, peserta dan pengunjung disajikan dengan persembahan dari artis jemputan seperti  Hafiz Suip, Black Hanifah, Aepul Roza, Aril Pilus, Jaa Suzuran, Abey Nikk Pantun.

Ia juga diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu khas membabitkan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi Bahagian Pembangunan KBS, Norazli Mohd Daud dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan hadir memberi sokongan dalam event ini.

Bagi segmen Audioshow dan Autoshow, penganjur mempertaruhkan beberapa kategori untuk dipertandingkan seperti, penyertaan car club paling ramai, Best Category: Modified, Best Audio, Best Exhaust, Best Wrap, Best Standart dan Best Interior.

Open Category pula membabitkan Best of The Best Terpaling Hevoc sebagai kategori utama acara itu selain beberapa kategori kecil sebagai selingan bagi memenuhi tentatif acara.

Bagi segmen Autoshow dan Audioshow pendekatan dan inisiatif pihak penganjur dengan membuat sedikit kelainan, dimana membuka penyertaan kepada pemilik lori untuk sama-sama memeriahkan acara kali ini. Ia sesuatu yang amat jarang kita lihat di mana-mana event autoshow.

Inisiatif itu juga sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mempersembahkan kreativiti mereka yang kebiasaannya dipelopori pihak seperti kereta dan motosikal sahaja.

Galeri Gambar

GAMBAR/TEKS : Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here