Desaru International Bike Week 2019-“The Real Brotherhood”

3411

Kemunculan satu lagi acara perhimpunan motosikal bakal diadakan di Negeri Johor.Julung kalinya acara perhimpunan motosikal yang bakal menerima tetamu dari pelbagai negara akan di adakan di Desaru International Bike Week.

Apakah acara ini bakal menjadi acara perhimpunan motosikal tersohor di dalam negara kita?

Penganjuran program ini bakal mengegarkan sepanjang 25 kilometer Pantai Desaru dari 13 hingga 19 September akan datang.



Sidang media bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersempena majlis pengumuman Desaru International Bike Week (DIBW) 2019 telah diadakan di Desaru Coast Conference Centre, Desaru, Kota Tinggi.

“The Real Brotherhood”, itulah tema acara perhimpunan motorsikal terbesar ini dijangka akan menarik lebih 50,000 pemilik motosikal tempatan dan antarabangsa dari pelbagai jenis motosikal yang akan berkumpul secara besar-besaran di selatan tanah air Johor Darul Ta’zim.

Tujuan

Bertujuan memperkukuhkan semangat ikatan persaudaraan antara pelbagai kumpulan dan pemilik motosikal tanpa sebarang sekatan.Itulah matlamat utama Desaru International Bike Week di adakan.

Mempromosikan Malaysia secara amnya dan negeri Johor khususnya ke peringkat antarabangsa merupakan satu lagi objektif DIBW2019.

Tunku Ismail adalah penaung diraja bagi program DIBW 2019 ini.

Tunku Ismail bertitah program seperti ini akan diadakan pada setiap dua tahun. Langkah ini d ambil demi memberikan masa kepada agensi kerajaan serta semua pihak yang terlibat membuat persiapan sebaiknya dalam penganjuran seperti ini pada masa akan datang.

Pameran motosikal koleksi peribadi Tunku Ismail, pameran motosikal syarikat antarabangsa dan tempatan, perlumbaan motosikal pantai (Beach Drag Race), Malam Penghargaan Anugerah Motosikal Malaysia.

Pertemuan kelab-kelab motosikal, pertandingan golf, konsert dan pertunjukan kebudayaan.Demikian antara tarikan acara yang akan berlangsung sepanjang DIBW2019 nanti.

Terdahulu Konvoi bermotosikal seramai 400 buah yang di ketuai oleh Tunku Ismail,telah bergerak dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Desaru.Konvoi tersebut di sertai oleh pelbagai jenis motosikal.

Pemilik motosikal dari Kuwait,Brunei,Singapura,Indonesia,Thailand,Sabah dan Sarawak adalah tetamu yang turut menyertai konvoi tersebut di samping pemilik motosikal tempatan.

Promosi yang begitu hebat serta ikatan persahabatan yang terjalin erat telah mengamit kehadiran pemilik motosikal dari luar negara.

Ini adalah hasil usaha Pengasas DIBW2019 iaitu Dato’ Sri Shahrizal Ishak bersama tim DIBW2019.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here