Lebuhraya WCE Seksyen 6 rasmi buka, tol percuma bermula esok

576

Pembukaan Seksyen 6, Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) rasmi dibuka bermula esok.

Lebuhraya WCE Seksyen 6 sepanjang 21.8km tersebut menghubungkan secara terus pengguna lebuhraya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor.



Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa/Ijok yang sebelumnya mengambil masa sekitar 45 minit, kini dapat dipendekkan kepada 15 minit menggunakan Lebuhraya WCE.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan laluan ini akan dibuka kepada pengguna lebuhraya bermula dari jam 12.01 pagi, 21 November 2023 (Selasa).

“Pengecualian tol akan diberikan mulai 21 November, jam 12.01 minit pagi sehingga 2 Januari 2024, jam 11.59 malam kepada pengguna yang memasuki Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau sebaliknya,” katanya pada majlis pelancaran. 

Lebuhraya WCE Seksyen 6 juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuhraya untuk kemudahan pengguna.

Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada 2019, melibatkan tiga seksyen di Negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan); Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas).

Manakala satu seksyen di Negeri Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan- Bandar Bukit Raja Utara).

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here