Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui bumbung suria ketika kenderaan bergerak.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak berkata satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuatnaik di media sosial X.
Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 17 November, jam kira-kira 9.30 malam sekitar Seri Alam.
“Pada 20 November 2023, pihak polis mengesan video tular membiarkan kanak-kanak itu mengeluarkan kepalanya melalui bumbung suria kenderaan.
“Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” jelasnya.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
JQB3722 (lokasi di Bandar Seri Alam) membahayakan Kanak2 dan memandu secara merbahaya @PDRMsia_Trafik @@PDRMsia @jpjcpm @fmtoday @BuletinTV3 @mkini_bm pic.twitter.com/bnKwrLZh4n
— PS Dhillon (@mafiadhillon) November 17, 2023