Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), pengedar kenderaan pelbagai jenama terkemuka di Malaysia, merasmikan pembukaan Pusat 3S smart, EON smart Glenmarie.
Pembukaan itu menandakan kemasukan EON ke dalam pasaran EV, sekali gus mengukuhkan komitmennya terhadap inovasi dan mobiliti mampan untuk pasaran tempatan.
EON, anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad, melabur hampir RM4 juta dalam untuk kemudahan EON smart Glenmarie.
Dengan keluasan binaan 4,362 kaki persegi, bilik pameran itu boleh memuatkan tiga kenderaan dan satu unit untuk penghantaran kereta baharu.
Baca juga>> smart #1 lancar secara rasmi di Malaysia, 3 varian, harga bermula RM189K
Ia juga memiliki kemudahan lain termasuk ruang istirahat yang luas dan selesa yang dilengkapi dengan kafe, ruang perbincangan, Wi-Fi percuma dan bilik permainan kanak-kanak.
Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, ia memiliki keluasan merangkumi 3,716 kaki persegi dengan empat ruang servis.
Bagi memberi kemudahan kepada pengunjungnya, Pusat 3S itu memiliki lapan tempat letak kereta khas untuk pelanggan, selain mempunyai dua Pengecas Arus Ulang Alih (AC) (maksimum 22kW) dan satu Pengecas Arus Terus (DC) (maksimum 60kW).
Sementara itu, Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial (kiri gambar di atas) berkata, pusat 3S itu akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk smart #1 dan memberi impak yang ketara kepada pasaran EV tempatan.
Sempena majlis pelancaran EON smart Glenmarie, ia dirasmikan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Perkhidmatan Korporat DRB-HICOM, Datuk Jezilee Mohamad Ramli (tengah gambar di atas) dan Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.
Bilik Pameran EON smart Glenmarie dibuka:
- Isnin hingga Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:30 petang
- Ahad dan cuti umum: 10:00 pagi hingga 4:00 petang
Waktu Operasi Pusat Servis EON smart Glenmarie
- Isnin hingga Jumaat: 8:30 pagi hingga 5:30 petang
- Sabtu: 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari
- Tutup pada Ahad dan cuti umum