Juruterbang sebuah syarikat penerbangan Nigeria mendarat di lapangan terbang yang salah iaitu hampir 321km tersasar dari destinasi sebenar, lapor akhbar tempatan The Cable, baru-baru ini.
United Nigeria Airlines, sebuah syarikat penerbangan swasta yang berpangkalan di negara Afrika Barat itu mengendalikan penerbangan domestik dari Lagos ke ibu negara, Abuja, pada hari Sabtu, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di X.
Tetapi penerbangan itu mendarat di bandar Asaba kira-kira 321km di selatan Abuja, menurut kenyataan media yang dikeluarkan. Ia ibarat penerbangan ke New York City namun mendarat di Washington, DC.
Ahli politik tempatan, Salihu Tanko Yakasai dan penumpang dalam pesawat, menulis di X pada hari Sabtu bahawa pramugari pada mulanya mengumumkan telah mendarat di Abuja, destinasi sebenar.
“Kami berlepas dari Lagos kira-kira sejam yang lalu di @flyunitedng ke Abuja, dan sebaik tiba, kru kabin dengan yakin mengumumkan tiba di Abuja.
“Tetapi kami sedar mendarat di Asaba. Nampaknya, juruterbang kami diberi rancangan penerbangan yang salah dari Lagos,” tulisnya.
Situasi itu membuatkan penumpang keliru tentang pendaratan sehingga pengumuman dibuat.
“Orang ramai berfikir ada sesuatu yang tidak diberitahu. Sehingga juruterbang mengumumkan menerima pelan penerbangan yang salah, ketika itulah ketenangan dipulihkan,” kata seorang penumpang.
Susulan insiden itu, United Nigeria Airlines memohon maaf dan menyatakan juruterbang sengaja mengalihkan penerbangan kerana keadaan cuaca buruk di Abuja dan diberi taklimat terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, kru kabin telah membuat penerbangan yang salah ketika mendarat dengan selamat di Asaba sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penumpang,” kata syarikat tersebut.
Di samping itu, pesawat telah meneruskan perjalanan dan mendarat dengan selamat di Abuja.
Nigeria my country. We departed Lagos about an hour ago on @flyunitedng to Abuja, and upon arrival, the cabin crew confidently announced that we’ve arrived Abuja, only for us to realize that we landed in Asaba. Apparently, our pilot was given wrong flight plan from Lagos 🤣🙆♂️ pic.twitter.com/Qv4zepDiVF
— Peacock (@dawisu) November 26, 2023