Pemuda maut terjatuh di landasan LRT

334
Seorang pemuda maut terjatuh di landasan Stesen LRT Putra Dato’ Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi.
 
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fabell Md Yasin, lelaki berusia 27 tahun itu digilis pada bahagian kedua belah kaki.
 

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 malam untuk bantuan menyelamatkan mangsa terjatuh di landasan.

“Mangsa  mengalami kecederaan parah dan dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan pihak teknikal LRT untuk menggerakkan tren secara mengundur,” katanya. 
 
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM tidak lama selepas itu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here