Kembali lagi pada tahun ini, selepas berehat seketika akibat dari penularan virus covid 19 dan dimasa yang sama juga negara dalam fasa PKP, memaksa segala perancangan ditangguhkan sementara waktu sehingga semua kambali sedia kala.
Akhirnya segala perancangan yang diatur sebelum ini, berjaya dilaksanakan juga di lokasi seperti sebelum ini yang diadakan pada 4 November 2023.
Dengan bertema ‘Olskool Party’, ia diadakan diruang letak kereta pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bagi pemilik dan peminat kereta lama , event itu adalah satu event yang sangat dinantikan. Acara yang dijadualkan seawal jam 8 pagi memperlihatkan peserta mula memasuki kawasan dengan dengan sesi photoshoot (Red Carpet).
Saban tahun penyertaan dari negara jiran, Thailand juga tidak ketinggalan dengan penambahan bilangan penyertaan setiap tahun. Melihatkan scene olskool di negara kita dan luar semakin diminati dan semakin ramai peminat tanpa mengira mengira status individu,.
Pengisian cukup tersusun dengan dibanjiri peserta dan pengunjung. Ia juga dimeriahkan dengan komuniti dua roda dari Scrambler Retro dan Suzuki Panther, selain kehadiran beberepa individu memakai pakaian di era 70’an dari komuniti Northern Retro 70’s .
Kemeriahan diserikan dengan tapak jualan dari komuniti Hotwheel, pakaian dan cenderahati, selain booth jualan pakaian terpakai.
Petang pula diadakan sesi cabutan bertuah, yang mana hadiah utama sepasang tempat duduk hadapan jenama Recaro yang telah di baik pulih sepenuhnya dari keadaan asal oleh Rolla Resources & Retrofast Garage berharga Rm4,000.
Selain itu, beberapa hadiah menarik disediakan kepada yang bertuah seperti 1 set rim Atara Racing, sebuah basikal BMX dan Minyak Pelincir.
Pemenang utama cabutan bertuah dimenangi Sani Saidin,44, atau lebih di kenali sebagai Brow Nie’s di kalangan rakan olskool.
Penganjur memilih 10 kereta terbaik dari 400 penyertaan yang diterima sebagai pemenang dan pemilihan pemenang pula di buat oleh juri khas dari Indonesia dan juga Brunei dari komunitii FakeWagon Art Indonesia serta Kuala Belait Squad dari Brunei.
Acara itu melabuhkan tirai pada jam 7 petang yang dihadiri hampir 3000 pengungjung. Acara itu menerima tajaan Rolla Resources, Retrofast Garage, JTX, Afash Global, Sahabat Permotoran Penang, Atara Racing, Adam Tyres dan Beig BarberShop.
Nantikan kemeriahan OMG yang akan datang!
Galeri Gambar