Berapa kos selang servis Proton S70 (2023)?, Kami kira untuk anda….

1398

Proton S70 yang berasaskan Geely Emgrand didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu:

  • 1.5T Executive : RM73,800
  • 1.5T Premium : RM79,800
  • 1.5T Flagship : RM89,800
  • 1.5T Flagship X : RM94,800

Sekiranya anda berminat dengan sedan segmen-C tersebut, berapa kos penyelenggaraan yang perlu dikeluarkan?.



Servis pertama S70  adalah pada 1,000km dan diikuti selang servis setiap 10,000km. Di bawah ini kos penyelenggaraan yang kami perolehi: 

  1. Servis 1,000km (RM244.51)

Pada bulan pertama, apabila perbatuan mencapai 1,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM244.51. Pada servis pertama melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Tiada caj buruh dikenakan

Kos sama yang dikeluarkan apabila anda melakukan servis 1,000km pada model X50 dan X90. 

2. Servis 10,000km (RM301.85)

Apabila perbatuan mencapai 10,000km, pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM301.85 yang melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis udara enjin: RM55.34
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Tiada caj buruh dikenakan

Perlu diingatkan, pemilik perlu mengeluarkan kos yang sama apabila mencapai 30,000km, 50,000km, 70,000km dan 90,000km.

3. Servis 20,000km (RM385.47)

Apabila setahun pemilikan, pemilik S70 perlu menyediakan wang sebanyak RM385.47 yang melibatkan selang servis:

  • Minyak enjin: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis minyak: RM83.80
  • Penapis kabin: RM69
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM66
  • Caj SST: RM3.96

4. Servis 40,000km (RM608.74)

Sebelum mencapai servis 50,000km, S70 perlu dihantar menjalani penyelenggaraan major pada 40,000km dengan kos keseluruhan sebanyak RM608.74.

Ia melibatkan selang servis komponen: 

  • Minyak enjin: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Palam pencucuh: RM96.84
  • Minyak brek: RM50.11
  • Penapis minyak: RM83.80
  • Penapis kabin: RM69
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM138
  • Caj SST: RM8.28

5. Servis 60,000km (RM584.52)

Pada kilometer ini, kos servis melibatkan:

  • Minyak enjin: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis kabin: RM69
  • Coolant enjin : RM135.45
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM126
  • Caj SST: RM7.56

6. Servis 80,000km (RM1,000.18)

Major servis seterusnya adalah pada 80,000km. Pada peringkat ini, pemilik perlu menukar minyak 7DCT pada kos RM346.92. Selang servis lain adalah:

  • Minyak enjin: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis kabin: RM69
  • Palam penucuh : RM96.84
  • Minyak brek : RM50.11
  • Minyak 7DCT : RM346.92
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM180
  • Caj SST: RM10.80

7. Servis 100,000km (RM452.27)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis akan bertambah berbanding servis pada 90,000km.

Pada selang servis ini pemilik perlu menukar tali sawat pacuan selain penyelenggaraan komponen :

  • Minyak enjin: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis kabin: RM69
  • Tali sawat pacuan : RM41.36
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM90
  • Caj SST: RM75.40

Dalam tempoh lima-tahun pemilikan S70, pemilik membelanjakan RM4,784.94 untuk selang servis. 

Sebagai perbandingan anggaran kos keseluruhan penyelenggaraan selama lima tahun bagi model lain adalah :

  • Toyota Vios : RM4,040.75
  • Honda City : RM4,275.87
  • Toyota Corolla : RM4,180
  • Honda Civic 1.5T : RM2,104.60

Proton S70 didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan dan caj buruh percuma sebanyak enam kali. 

Pelanggan tidak perlu membayar caj buruh dan cukai perkhidmatan pada selang servis 1,000km, 10,000km; 30,000km; 50,000km; 70,000km dan 90,000km. 

Sehingga artikel ini ditulis, laman web rasmi Proton masih belum mengemaskini selang servis S70 pada bahagian ProCare. Bagaimanapun, pemilik boleh mendapatkan informasi selang servis menerusi aplikasi MyProton. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here