Top 5 jualan November EV China di Jerman, MG Roewe mendahului diikuti Smart

268

Data KBA mendedahkan pasaran kenderaan terbesar Eropah mengalami kemerosotan pada bulan lalu.

Sebanyak 245,701 kereta penumpang baharu didaftarkan di Jerman iaitu menyusut 5.7 peratus berbanding tahun lalu. Antaranya segmen yang menurun adalah :



  • Kenderaan bateri elektrik (BEV) merekodkan jualan 44,942 unit; turun 22.5 peratus setiap tahun
  • Kenderaan plug-in hibrid (PHEV) mencatatkan 18,124 unit; turun 59.3 peratus daripada bulan yang sama tahun lalu

Bagi jualan kenderaan China di Jerman, MG Roewe mendahului dengan pendaftaran 1,673 unit iaitu turun 20.82 peratus daripada Oktober dan pada dasarnya tidak berubah berbanding tahun 2022. MG menghantar 18,655 unit kenderaan ke Jerman pada tahun ini. 

Kemudian Smart berada di tangga kedua menerusi pendaftaran 1,339 unit, meningkat 50.96 peratus berbanding Oktober dan turun 7 peratus berbanding tahun lalu. Setakat ini, Smart menghantar 15,655 kereta elektrik (EV) pada 2023.

Di Jerman, Smart menjual model #1 dan #3 yang mana masing-masing dipasang di kemudahan Geely di Xi’an dan Changxing.

Posisi ketiga pula adalah Great Wall Motor (GWM) dengan pendaftaran 426 unit EV, turun 2.29 peratus berbanding Oktober. GWM berkembang di Jerman menerusi jualan ORA Funky Cat.

Sementara, mengikuti di belakang adalah jenama BYD menerusi jualan 350 unit iaitu meningkat 54.87 peratus pada November. Penghantaran terkumpul BYD pada Januari hingga November (2023) adalah sebanyak 3,438 unit kenderaan.

Polestar milik Geely mendaftarkan 281 unit EV, naik 3.31 peratus daripada Oktober dan 83.2 peratus turun daripada 2022. Polestar menghantar 6,023 EV bagi tahun ini. 

Kemudia diikuti Nio, yang mencatatkan jualan 50 unit kereta, turun 82.70 peratus daripada 289 unit pada Oktober dan turun 47.4 peratus daripada tahun lepas. Penghantaran terkumpul Nio dari Januari hingga November ialah 1,224 kenderaan.

Nio secara rasmi memulakan penghantaran di Jerman setahun yang lalu, pada Oktober 2022.

Sebagai perbandingan, Tesla menjual 4,923 kenderaan pada November di Jerman, turun 54.5 peratus daripada tahun sebelumnya. Sebahagian penghantaran kenderaan dari kilang  Giga Berlin dan diimport dari Giga Shanghai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here