Axia bertembung treler, seorang lelaki maut

369

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung sebuah treler di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.13 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bersama sebuah jentera kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.



“Kejadian melibatkan Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berumur 20 an dipercayai dari arah Kuala Selangor menuju Sungai Buloh sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan,” katanya.

Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan anggota bomba mengambil masa sekitar 10 minit untuk mengeluarkan mangsa. 

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here