“Ada ruang antara pintu dan penutup pelantar, kebanyakan masa signal tak berfungsi,” pemilik Tesla Cybertruck

415

Selepas beberapa kali tertunda, Tesla Cybertruck akhirnya memasuki barisan pengeluaran tahun lalu.

Awal penghantaran, hanya 10 unit Cybertruck diserahkan kepada kakitangan Tesla dan pembeli terpilih. 



Masih awal untuk mengetahui tentang pengalaman pemilikan Cybertruck berkenaan, namun ada seorang pelanggan berkongsi pengalaman pemilikan trak pikap elektrik itu.

Dia menyatakan terdapat isu kualiti terutamanya bagi kenderaan dalam julat harga USD100,000 (RM468,550) ditambah dengan tawaran konfigurasi terhad dan harga yang lebih tinggi berbanding yang dijanjikan.

Bagaimanapun, tawaran teknologi pada trak pikap elektrik itu sangat menarik dan menjangkaui jangkaan pelanggan. 

Defek pada kenderaan baharu kadang kala tidak dapat dielakkan yang mana ia tidak melibatkan keseluruhan pengeluaran.

Menerusi forum CybertruckOwnersClub, pengguna Susu2142 menulis tentang keseluruhan kualiti binaan trak pikap berkenaan.

  • Jika diperhatikan secara teliti terdapat beberapa panel tidak selari, kawalan signal kanan sedikit glic. 
  • Pertama, masalah panel badan. Paling ketara di bahagian hujung belakang pelantar dengan penutup tonneau. Ada jurang ketara bermula dari sisi dan semakin besar sehingga ke hujung belakang.

Tidak dapat dipastikan sama ada defek itu hanya berlaku pada pelanggan berkenaan. Mengambilkira barisan pemasangan menggunakan robot, kemungkinan isu ini tidak melibatkan seorang pelanggan sahaja. 

Isu sedemikian dijangkakan bagi pra pengeluaran namun menimbulkan kebimbangan berkaitan kualiti binaan keseluruhan Cybertruck.

Walaupun begitu, pemilik menyatakan isu terbesar adalah isyarat signal yang mana 30 peratus ia tidak berfungsi dengan baik.

Susu2142 mengatakan akan menyelesaikan isu tersebut dengan Tesla. Selain itu, dia juga menyatakan cukup selesa dengan pengendalian stereng Cybertruck di samping pecutan yang mencukupi mengambilkira saiznya yang besar. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here