Honda Accord RS e:HEV lancar di Indonesia, harga RM288k

569

PT Honda Prospect Motor (HPM) rasmi memperkenalkan Honda Accord RS Hybrid sekaligus menjadikan ia versi hibrid kedua selepas CR-V di Indonesia.

Honda Accord RS e:HEV menawarkan kuasa keseluruhan 207PS. Ia didapati daripada enjin 2.0L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 145PS @ 6,100rpm dan tork 179Nm @ 4,500rpm.



Manakala motor elektrik pula menghasilkan kuasa 184PS @ 5,000-8,000rpm dan tork maksimum 335Nm @ 0-2,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi E-CVT.

HPM juga menawarkan waranti percuma penggantian bateri hingga 8-tahun atau 160,000km. 

Berikut fakta ringkas tentang Accord generasi ke-11 itu :

  • Pertama kali didatangkan dengan ciri baharu EV Switch menerusi tiga mod iaitu Auto, EV dan Charge.
  • Honda Accord RS e:HEV didatangkan dengan ketersambungan Honda Connect dan dilengkapi binaan dalam Google.
  • Tawaran Kunci Digital boleh diakses menerusi Honda Connect. Ia juga boleh menggantikan fungsi Kunci Pintar bagi membuka dan mengunci pintu serta menghantar notifikasi sekiranya pemandu lupa menutup pintu dan tingkap.
  • Binaan dalam Google pula membolehkan pemandu menggunakan perintah suara melalui bantuan Google Assistant bagi mengaktifkan pelbagai fungsi seperti navigasi, memainkan muzik dan mengawal suhu pendingin hawa.

  • Sementara In Car Wifi berfungsi menyediakan hotspot WiFi yang digabungkan dengan paparan Audio dan Honda Connect.

  • Tawaran Experience Selection Dial merupakan tombol shortcut untuk memudahkan pengoperasian pelbagai fungsi dalam kenderaan.

  • Accord didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan ketersambungan Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar, meter TFT bersaiz 10.2-inci dan paparan head up berukuran 11.5-inci.

  • Suasana kabin makin selesa menerusi bumbung suria, pembesar suara Bose serta lampu ambien multiwarna.

  • Buat penumpang belakang, tersedia konsol tengah, pendingin hawa dengan slot USB Type C, tirai tingkap dan lampu sentuh LED elektrostatik.

  • Penampilan Honda Accord RS e:HEV dibezakan menerusi logo Honda berwarna biru dengan lencana RS yang disematkan Kit Aero Black pada bahagian sisi, depan dan belakang serta spoiler ekor itik dan antena shark fin juga berwarna hitam.

  • Lampu depan LED penuh dipadankan dengan signal LED berturutan yang dikombinasikan dengan garis gril yang sporty. Tidak ketinggalan, lampu belakang turut menggunakan jenis LED. 

  • Bahagian depan menampilkan penutup gril aktif yang mana komponen itu terbuka ketika enjin dihidupkan sehingga aliran udara dapat meningkatkan kinerja termal.

  • Pada kaca depan tersedia sensor hujan dengan fungsi pencuci yang beroperasi apabila sensor mengesan kelembapan.

  • Pembaharuan lain termasuklah rekaan baharu rim aloi bersaiz 18-inci.

     

Ciri keselamatan yang ditawarkan:

  • 8 beg udara
  • Lampu Selekoh Aktif berfungsi ketika pemandu mengambil selekoh pada kelajuan rendah kurang dari 40kmj dan menyalakan lampu selekoh dan menggerakkan stereng.  

  • Sistem hud pop up beroperasi secara automatik apabila melanggar pejalan kaki. Hud akan terangkat setinggi 100mm bertujuan meminimumkan kecederaan kepala pejalan kaki. 
  • Accord didatangkan dengan teknologi keselamatan aktif Honda Sensing yang hadir dengan penambahan fungsi Lampu Tinggi Automatik (AHB) dengan Lampu Tinggi Pemanduan Adaptif (ADB).
  • Selain itu, teknologi Honda Sensing yang lain adalah Collision Mitigation Braking System (CMBS), Kawalan Kruise Adaptif + Low-Speed Follow (ACC + LSF), Road Departure Mitigation System + Lane Departure Warning (RDM + LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN).

Honda Accord RS e:HEV pasaran negara jiran itu didatangkan dengan tiga pilihan warna Platinum White Pearl, Crystal Black Pearl dan Ignite Red Metallic pada harga IDR959,900,000 (RM288,779).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here