JAECOO J7 AWD dikesan di Malaysia, jangka lancar tahun hadapan

418

Sebelum pelancarannya tahun hadapan, JAECOO Malaysia membawa masuk dua unit JAECOO J7 AWD pemanduan kanan untuk ujian jalan raya bagi memenuhi piawaian prestasi dan keselamatan tertinggi di negara ini.

Untuk makluman, JAECOO adalah sebuah jenama global berasal dari China yang direka khas untuk pengembangan pasaran antarabangsa dengan menyediakan produk yang menyerlah kepada golongan profesional baru, memberi tumpuan kepada pilihan gaya hidup bertaraf tinggi. 

Selain ujian itu, JAECOO J7 AWD  berkenaan akan digunakan sebagai previu eksklusif kepada wakil pengedar sah dan pelabur yang berpotensi menjelang pembukaan bilik pameran, serta permulaan inisiatif pemasaran pra-pengenalan awal untuk meningkatkan minat terhadap jenama berkenaan.



Dijangka, pengenalan rasmi kenderaan ke pasaran Malaysia pada tahun 2024. 

Di dalam pasaran automotif yang penuh dengan persaingan sengit, JAECOO dengan falsafah “Born Global”, menyerlah dengan kejayaan global yang baik. 

Dengan integrasi sumber global yang unggul, JAECOO komited untuk menyediakan SUV terkini yang menerajui teknologi masa depan, menawarkan pengalaman perjalanan yang tiada tandingan kepada pengguna global. 

Halaman Facebook rasmi JAECOO Malaysia telah dilancarkan. Ikuti berita terkini dan acara yang akan datang. Selain itu, laman web rasmi untuk Malaysia dijangka akan siap pada Januari 2024. Sementara itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web global JAECOO.

Dari segi reka bentuk, Jeacoo lebih kepada karakter yang lebih kasar dan tegap. Karakter luaran yang paling jelas adalah model itu menggunakan bilah jeriji menegak kemasan krom. 

Ini dimensi untuk JAECOO J7

  • Panjangnya: 4,500mm
  • Lebar: 1,865mm
  • Ketinggian: 1,680mm
  • Jarak roda: 2,650mm

Rangkaian kuasanya berdasarkan spesifikasi di China, ia menggunakan enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menyalurkan 183hp dengan tork setinggi 275Nm.

Dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang dikatakan mampu memecut 210km/j. 

Bahagian dalamannya mempunyai skrin tengah 14.8 inci, enam pembesar suara Sony, sokongan arahan suara, bumbung panorama, sistem pendingin hawa dua zon automatik

Ciri keselamata pula dilengkapi enam beg udara, amaran pra pelanggaran, kawalan jelajah, fungsi ADAS L2.5+.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here