Penghantaran Tesla Model 3 di Malaysia bermula minggu lalu. Kenderaan elektrik (EV) tersebut merupakan model import dari Giga Shanghai, China.
Seorang pengguna akaun X, @ElectrizDreams berkongsi pengalaman menerima Model 3 miliknya baru-baru ini.
Bagaimanapun, ElectrizDreams menyatakan dia perlu menunggu sehingga dua jam untuk menerima Model 3 miliknya.
Awalnya, kakitangan Tesla Malaysia memaklumkan proses penghantaran hanya mengambilmasa 15 minit.
“Penyambut tetamu servis minta saya datang jam 12.30 petang dan beritahu tidak perlu bimbang hanya proses 15 minit. Selepas saya daftar masuk, seorang lagi kakitangan menyatakan temujanji pada 2.30pm dan kereta masih belum sedia.
“Kekeliruan mengenai masa penghantaran, kerana tarikh penghantaran asal saya ialah 2 Disember. Tetapi mereka memasukkan nama saya ke penghantaran hari ini tanpa mengemas kini sistem,” tulisnya.
Namun, lebih mengecewakan terdapat beberapa kesan calar pada Model 3 miliknya.
“Kontraktor Autoglym yang dibawa dari Singapura, segera dipanggil membaiki calar pada konsol (kelihatan sangat teruk) dan juga kerusi kulit.
I manage to do a quick test drive and drove the car into the actual delivery area to take some pics.
You can see the Autoglym guy still trying to cover up the leather mark in the back seat.
No free umbrella, no instruction manual, here’s the key card, OK you can drive off now. pic.twitter.com/aU8FF9Vx1R— ElectrizDreams (@ElectrizDreams) December 7, 2023
“Seorang lelaki pekerja sambilan dipanggil untuk mengelap kereta dan meletakkan karpet. Semua kerja tergesa-gesa,” jelasnya.
Selain itu, pemuda tersebut menyatakan tidak menerima geran kereta susulan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kehabisan kertas.
ElectrizDreams menyatakan ia pengalaman penghantaran yang paling teruk pernah dilaluinya.
Namun, isu ketiadaan geran kenderaan merupakan kes jarang berlaku bahkan tiada kaitan dengan pihak Tesla kerana melibatkan agensi JPJ.
LANCAR DAN TERATUR
Sementara itu, Motoqar menghubungi pempengaruh Gan Yong Li (Abang Gan) yang turut menerima Model 3, minggu lalu.
Jelasnya, proses penghantaran EV miliknya berjalan dengan lancar dan teratur walaupun tidak menerima cukai jalan pada hari penyerahan.
“Mungkin sebab kereta saya diserah pada hari pertama bersama media, hanya tandatangan dokumen dan dapat kereta. Model 3 saya juga dalam keadaan baik,” kongsinya.
Cuma, Gan menjelaskan hanya berdepan beberapa isu ketika proses pembelian EV tersebut yang mana penasihat jualan (DA) Tesla Malaysia tidak begitu kompeten.
“Antaranya invois yang tidak dikemaskini di samping perlu berurusan dengan DA yang berbeza dan menyelesaikan perkara yang sama.
“Seolah tiada komunikasi antara DA atau sistem yang tidak dikemaskini. Selain itu, pelanggan yang memilih ciri peralatan Autopilot termaju juga perlu menambah wang kemudian susulan invois yang tidak dikemaskini,” jelasnya.
Tesla Malaysia perlu menambahbaik perkhidmatan penghantaran kenderaan. Kebarangkalian pekerja baharu yang tidak memiliki pengalaman dalam industri automotif dan jumlah penghantaran yang banyak membuatkan perkhidmatan tersebut tidak efisien.
Finally I reached the @Tesla_Malaysia for the delivery. The service rep ask me to come at 12.30pm and told me no worries it’s a 15min process.
After I sign in, another rep says the appointment is at 2.30pm and the car is still not ready.
GFY!!
This is ridiculous. pic.twitter.com/14Vv5nNUfG— ElectrizDreams (@ElectrizDreams) December 7, 2023