Diskaun 50 peratus, 37,242 saman dijelaskan dalam tempoh dua hari

245

Seramai 12,300 pesalah trafik menjelaskan 37,242 saman dalam tempoh dua hari tawaran diskaun 50 peratus sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, saman itu dijelaskan di 14 kaunter bayaran saman termasuk baucar yang dijelaskan melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).



“Rekod penyelesaian saman sebanyak 87.4 peratus (tidak termasuk penyelesaian saman di kaunter).

“Kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus mendapat sambutan menggalakkan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohad Azman berkata pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak hanya menunggu tawaran diskaun yang diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak.

“Orang ramai perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang lalu lintas dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here