Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memanggil balik Yamaha MT-09 dan MT-09 Tracer GT susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.
Informasi tersebut dikongsi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkaitan senarai kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.
Berikut jumlah dan tahun keluaran produk yang terlibat :
- Yamaha MT09 (November 2021 – Oktober 2023) : 1,329 unit
- Yamaha MT09 Tracer GT (November 2021 – September 2023) : 995 unit
Kempen panggil balik itu bagi memprogramkan semula ECU (Version 2) dan pemasangan penutup penyambung soket O2.
HLYM akan menghantar notis kepada pemilik unit yang terjejas dan meminta pemilik yang telah menerima notis untuk membuat temu janji dengan pengedar sah Yamaha atau ibu pejabat HLYM.