Enjin 1.5L Turbo CR-V generasi baharu lebih mantap, ini sebabnya…

2906

Biarpun Honda CR-V Serba Baharu menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbo sama generasi sebelumnya, ia sebenarnya berbeza dan lebih mantap.

Ini dijelaskan oleh Ketua Projek Honda CR-V, Eisuke Sato bahawa enjin untuk SUV baharu itu ditambah baik dengan beberapa ciri iaitu respon pecutan dan lebih senyap.



“Untuk respon pecutan sebaik menekan pedal minyak, ia memberi tindak balas yang segera. Ini kerana kami melakukan rekaan semula pada kepala silinder dengan menghasilkan sistem ekzos 4-2 dan juga sistem turbo baharu.

“Bagi memberi lebih senyap, pembaharuan dilakukan pada penutup intake. Enjin juga kurang getaran selepas menambah baik ketegaran pada crankshaft (aci engkol) dan oil pan (penakung minyak),” katanya.

Untuk makluman, enjin 1.5L VTEC Turbo dipadankan dengan transmisi CVT yang mana ia menyalurkan 193PS dengan tork setinggi 243Nm.

Dari segi tahap penggunaan bahan api pula, ia mencatatkan 7.0L/100km untuk varian pacuan roda hadapan (2WD) bagi varian S dan E, manakala pacuan semua roda (AWD) iaitu V dengan 7.5L/100km.

Selain enjin 1.5L VTEC Turbo, Honda CR-V generasi keenam ditawarkan dengan enjin hibrid 2.0L DOHC Kitaran Atkinson yang baharu yang dipadankan transmisi E-CVT.

Ia mampu menyalurkan 184PS dengan tork setinggi 335Nm yang mana tahap penggunaan bahan apinya mencatatkan 5L/100km.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here