Honda CR-V rasmi berlabuh di pasaran tempatan pada harga mula RM159,900 menerusi empat pilihan varian.
Bagaimanapun, varian RS akan tiba tahun depan yang mana harga rasmi model tersebut bakal diumumkan kemudian.
- S : RM159,900
- E : RM169,900
- V : RM181,900
- RS e:HEV : TBC (umum tahun depan)
Bagi anda yang ingin menyerlahkan penampilan CR-V, Honda Malaysia turut menawarkan tujuh pilihan pakej aksesori iaitu :
- Modulo : RM6,084
- Smart Urban : RM4,209
- Urban : RM3,543
- Urban 1.0 : RM2,036
- Utiliti : RM1,142
- Protection : RM3,007
- RM 1,149
Berminat memiliki SUV segmen-C ini?..di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan CR-V yang didapati dari laman web Honda Malaysia.
Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lima dan sembilan tahun dengan kadar faedah 2.7 peratus serta deposit 10 peratus.
VARIAN S (RM159,900)
Sempena pelancaran rasmi CR-V, Honda Malaysia menawarkan diskaun sebanyak RM2,000 bagi 750 pembeli terawal varian S.
Namun, sekiranya anda terlepas tawaran tersebut, berikut ansuran bulanan yang perlu dibayar. Deposit yang perlu disediakan adalah RM15,990 dengan jumlah pinjaman RM143,910.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM1,656.30
- 5-tahun: RM2,722.30
Sekiranya anda memilih pakej Modulo dan dimasukkan ke dalam pinjaman, ansuran bulanan akan meningkat menjadi RM2,825.88 (5-tahun) dan RM1,719.32 (9-tahun).
VARIAN E (RM169,900)
Sementara, bagi varian E pula, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM17,598.40 dan jumlah pinjaman yang diterima adalah RM152,301.60.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM1,752.88
- 5-tahun: RM2,881.04
VARIAN V (RM181,900)
Bagi varian V, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM18,190 dan jumlah pinjaman adalah RM163,710.
Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:
- 9-tahun: RM1,884.18
- 5-tahun: RM3,096.85
Di samping bayaran bulanan, pengguna juga perlu membuat kiraan kos lain misalnya cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya.
Untuk model CR-V, cukai jalan setahun yang perlu dibayar adalah RM120 bagi enjin 1.5 liter dan sekitar RM448 bagi enjin 2.0 liter.
Saiz tangki CR-V adalah 57 liter yang mana kos petrol dianggarkan sekitar RM116.85 (RON 95) manakala RM197.79 (RON 97).