Toyota Crown Sport lancar di Jepun, harga mula RM57k

345

Toyota Jepun memperkenalkan versi PHEV bagi model Crown Sport. Model PHEV pertama dalam siri Crown yang paling sporty itu dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu JPY 1,750,000 (RM56,799).

Lebih kecil daripada Crown Signia, ia didatangkan dengan enjin 2.5-liter petrol dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 302hp dengan sistem E-Four elektrik 4WD.



Ia dilengkapi dengan kapasiti bateri lebih besar yang diletakkan di atas lantai dengan pemanduan emisi sifar sejauh 90km.

Toyota menyatakan gabungan tangki petrol dan pengecasan bateri penuh menawarkan perbatuan sejauh 1,200km. Tempoh masa pengecasan standard mengambil masa 5.5 jam manakala pengecasan pantas hanya 38 minit bagi mencapai isian bateri 80 peratus.

Jurutera Toyota juga menambah pendakap tambahan pada lantai untuk ketegaran yang lebih baik, dan mengubahsuai tetapan penyerap hentak dalam sistem suspensi pembolehubahsuai.

Crown Sport sepanjang 4,720mm itu diasaskan pada platform TNGA, begitu juga dengan barisan lencana Crown yang lain.

Kemudahan lain termasuk “My Room Mode” yang membolehkan penghuni menggunakan pendingin hawa dan sistem audio semasa pengecasan.

Di samping itu, fungsi bekalan kuasa luar 1,500 Watt boleh menghidupkan peranti atau malah seluruh isi rumah ketika ketiadaan elektrik atau kecemasan.

Secara visual, Toyota Crown Sport PHEV RS dibezakan dengan reka bentuk berbeza dengan rim 21 inci yang disiapkan dalam warna hitam, kaliper brek merah dan lencana PHEV.

Pada kabin, terdapat gabungan upholsteri hitam dan merah, dengan tempat duduk sukan dan tali pinggang keledar penumpang belakang berwarna merah menambah rasa sporty.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here