Minivan retro, Haima EX-00 bakal jual tahun depan di China

338

Kenderaan elektrik (EV) box-on-wheels, Haima EX-00 ini bakal menjadi tumpuan pelancongan pada 2024.

Haima, pasal asalnya merupakan mantan syarikat usaha sama Mazda yang diasaskan pada tahun 1992 di Wilayah Hainan, China.



Kemudian, pengeluar Jepun itu digantikan pada 2006 oleh pembuat kereta kedua terbesar  di China iaitu Kumpulan FAW (First Automotive Works).

Dengan jualan yang tidak memberangsangkan, Haima (yang bermaksud kuda laut dalam bahasa Cina) berharap dapat meningkatkan perniagaannya  menerusi EX-00 tahun depan. 

Reka bentuk dan idea kenderaan ini pada asalnya datang daripada syarikat IT Box, anak syarikat FAW Group dan dengan kerjasama MPV konsep Haima yang dipamerkan pada 2021 (dahulunya dikenali sebagai BM-400).

MPV itu menampilkan rekaan berkotak dengan dimensi panjang 4,500mm dan lebar (2,850mm). 

Bukaan pintu gelunsur yang besar membawa penumpang ke kawasan khas bagasi dengan susun atur kabin yang agak pelik iaitu 1+1+3.

Ia menampilkan lima tempat duduk dan ruangan yang cukup untuk pengembara mahupun kaki ‘camping’.

Ciri peralatan lain yang disediakan termasuklah skrin bumbung untuk penumpang belakang, kawalan pendingin hawa dan pelbagai ruang simpanan barang.

Menggunakan motor elektrik, EX-00 menawarkan jarak pemanduan sejauh 480km, sensor perhatian pemandu, pengecasan pantas, dan skrin sentuh pada konsol tengah bersama-sama dengan skrin kluster instrumen buat pemandu. 

Badan luaran Haima EX-00 disembur dengan cat dua rona warna yang mengetengahkan imej retro.

Walaupun EX-00 mempunyai reka bentuk yang unik, pembangunan minivan itu mengambil kira perjalanan, pelancongan dan simpanan bagasi.

Unit awal dilancarkan dari kilang pada bulan November manakala pengeluaran besar-besaran penuh akan bermula tidak lama lagi yang mana jualan bermula pada 2024.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here