Boleh kongsi cukai jalan digital guna MyJPJ bermula hari ini

1041

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan orang awam kini berkongsi Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) (cukai jalan digital) menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di aplikasi MyJPJ, bermula hari ini.

Menterinya Anthony Loke berkata, melalui fungsi baharu itu pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan pemilik kenderaan.

“Pemilik hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.



“Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM tersebut untuk mengaktifkan perkongsian.

“Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian sekiranya tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata, fungsi baharu dalam aplikasi MyJPJ berkenaan dapat menyelesaikan persoalan apabila pengguna e-LKM memandu kenderaan bukan miliknya atau ahli keluarga.

Katanya, sebelum ini orang awam dibenarkan untuk mencetak e-LKM tersebut bagaimanapun pelbagai persoalan timbul justeru, penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here