VPCM perkenal Golf GTI facelift, harga RM252,990

322

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan versi naiktaraf Golf GTI pada harga RM252,990.

Hot hatch itu didatangkan dengan sistem audio Harman Kardon 480-watt bersama 10 unit pembesar suara. 

Melengkapkan ciri tersebut, VPCM juga menawarkan paparan head up yang memaparkan pelbagai maklumat penting misalnya kelajuan, navigasi serta sistem amaran pada cermin utama.



Pada hud depan terletaknya enjin 2.0 liter TSI yang menjana kuasa 245PS dan tork 370Nm bersama kotak gear 7-kelajuan DSG.

Selain itu, penampilan luaran Golf GTI diserlahkan dengan gril honeycomb dengan kemasan lencana GTI merah serta rim aloi Richmond bersaiz 18-inci bersama angkup brek berwarna merah.

Demi ketenangan minda pemilik, VPCM melengkapi hot hatch itu dengan Sistem Bantuan Pemandu IQ merangkumi :

  • Sistem Travel Assist dan Kawalan Kruise Adaptif (ACC) yang menggunakan radar dan sensor
  • Ciri Bantuan Sisi bertindak sebagai pemantauan titik buta aktif
  • Amaran Trafik Belakang  
  • Bantuan Depan iaitu satu ciri Brek Kecemasan Automatik (AEB) yang juga boleh mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal
  • Bantuan Lorong dan Adaptive Lane Guidance

Golf GTI didatangkan dengan jaminan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here