Baru terima 8-jam, Perodua Bezza dengan odometer 46km dah rosak

646
Seorang pemilik Perodua Bezza berkongsi rasa kecewa hanya sempat menggunakan sedan tersebut kurang daripada 24 jam.
 
Menggunakan akaun Facebook Nagakanni Subramaniam, wanita itu menyatakan masih membayar ansuran bulanan walaupun isu yang dialami tidak dapat diselesaikan hingga kini. 
 
 
 
“Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8-jam, terus rosak.
 
“Dah lebih dua bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak,” katanya. 
 
Lebih mengecewakan, wanita itu menjelaskan sehingga 2 Januari masih belum menerima jawapan rasmi daripada pihak Perodua.
 
Jelasnya, kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu selepas menerima Bezza 1.3 X dari wakil jualan di Segamat.
 
 
Bagaimanapun, keretanya yang baru merekodkan odometer 46km tidak dapat dihidupkan  lalu ditunda ke pusat servis pada 18 Oktober.
 
“Pomen di pusat servis bagi tahu yang enjin kereta saya dah rosak. Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru.
 
“Saya diminta untuk menunggu keputusan dari ibu pejabat Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan,” tulisnya. 
 
Hasil siasatan awal mendapati punca kerosakan enjin adalah disebabkan benda asing seperti gula yang tidak digunakan Perodua.
 
Motoqar sudahpun menghubungi dan menunggu respons daripada pihak Perodua. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here