Proton merekodkan jualan domestik dan eksport sebanyak 154,611 unit tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding 2022 (141,432 unit).
Prestasi itu disumbangkan jualan kukuh model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga) yang mana sedan segmen A merupakan model terlaris tahun lalu.
- Proton Saga : 70,184
- Proton Persona : 24,362
- Proton Iriz : 7,639
- Proton Exora : 4,473
Pada tahun terakhir pengeluaran, Exora merekodkan pertumbuhan jualan 4.6 peratus dan sehingga kini jumlah jualan MPV segmen-C itu mencapai lebih 194,000 unit.
Di samping itu, jualan 2023 turut disokong model SUV Proton X50, X70 dan X90 dengan sumbangan lebih 200,000 unit jualan sejak Disember 2018.
Jualan 2023 siri X :
- Proton X50 : 31,829
- Proton X70 : 11,200
- Proton X90 : 4,815
Sejak pelancaran 7 Mei lalu, Proton X90 merekodkan prestasi signifikan sebanyak 4,815 unit bagi tahun lalu.
Untuk tahun ini, Proton merekodkan pertumbuhan volum luar biasa iaitu 25.6 peratus disumbangkan pembeli kali pertama yang mahukan kereta selamat dan boleh dipercayai.
Bagi Proton S70 pula, penghantaran pelanggan akan bermula Januari ini dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan diterima.
Proton menjangkakan sedan itu bakal menyumbang jualan signifikan tahun ini yang mana sebanyak 109 unit S70 didaftarkan pada 2023.