Pukul anggota JPJ, pemuda dipenjara sehari denda RM4k

647

Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial dipenjara sehari dan didenda RM4,000.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, video berdurasi 1 minit 24 saat itu berlaku pada 22 November lalu, memaparkan Nissan Vanette enggan berhenti ketika ditahan  anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut.



Menurutnya, kenderaan tersebut kemudiannya berhenti di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra, dan menyerang anggota JPJ yang bertugas sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain provokasi.

“Ketika kejadian, anggota bertugas sedang melakukan tugas rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh,” katanya.

Aman Shah berkata, kenderaan itu kemudian diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberi kerjasama.

“Ketika ditahan, individu itu melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas,” tambahnya.

Satu laporan polis dibuat oleh anggota JPJ tersebut.

“Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai peniaga air tebu itu sudah ditahan polis dan sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Individu terbabit sudah menjalani hukuman selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000,” kata Aman Shah.

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here