Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa gara-gara menggunakan nombor plat ‘Jaybe Degil’ di Bandar Muadzam Shah, Pahang, baru-baru ini.
Lelaki tersebut ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Daerah Rompin.
Lelaki tersebut ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 108(1) Dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Dalam operasi itu pihak berkuasa menyita lapan buah motosikal atas pelbagai kesalahan dan 40 saman dikeluarkan.
Pihak polis mengingatkan orang ramai terutamanya para remaja supaya tidak menampal sebarang pelekat atau tulisan pada nombor plat kerana perbuatan tersebut menjadi satu kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu.