Isu Bezza : Perodua tepis dakwaan tiada tindakan

965

Perodua menepis dakwaan tiada tindakan diambil oleh pihak syarikat susulan isu kerosakkan model Bezza yang tular.

Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Roman Jaafar berkata pihaknya telah  berkomunikasi dengan pelanggan tersebut sejak Oktober 2023.



“Sejak itu, kami mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk menawarkan kereta sementara untuk digunakan dan menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

“Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Tambah beliau, Perodua sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu tersebut sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here