“Kalau betul nak beli kereta saya, silakan..tapi mana black and white?,” pemilik Bezza ‘gula’

1030
Pemilik Perodua Bezza ‘gula’ menyatakan tidak menerima jaminan rasmi berkaitan pembelian semula kereta dan pembatalan pinjaman sewa beli pertama daripada pihak bertanggungjawab.
 
 
“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.
 
“Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde,” tulisnya pada hantaran akaun Facebook.
 
S.Nagakanni berkata masih belum menerima maklumat berkaitan tempoh pembelian balik dan pembayaran pinjaman dalam tempoh dua bulan berkenaan. 
 
“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada.
 
“Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikanpun masalah saya. Saya nak penyelesaian,” katanya. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here