Modenas Ninja ZX-25RR lancar Februari depan?

1778

Modenas Ninja ZX-25R SE sudah empat bulan berada di pasaran sejak pelancaran rasmi September lalu.

Tahun 2023 baru saja melabuhkan tirai dan ini menandakan kehadiran ZX-25RR ke pasaran tempatan semakin hampir.



Sebelum ini, pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia, EMOS menyatakan akan membawa masuk ZX-25RR awal 2024. 

Adakah suku pertama atau kedua tahun ini?. Hasil risikan Motoqar, Modenas ZX-25RR dijangkakan meluncur ke pasaran tempatan pada suku pertama. 

Menurut sumber industri, difahamkan sportbike itu akan berada di pasaran sekitar bulan depan (Februari). 

ZX-25RR pasaran Malaysia hanya berbeza pada bahagian suspensi belakang berbanding ZX-25R SE sedia ada.

Difahamkan Malaysia bakal menerima suspensi jenis Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) boleh laras sama seperti yang digunakan pada Kawasaki ZX-25RR Indonesia dan ZX-10R. 

Sebagai perbandingan, Kawasaki ZX-25RR negara jiran itu hanya ditawarkan dalam warna hijau KRT pada harga IDR132 juta (RM40,171).

Untuk makluman, warna badan hijau KRT tersebut diperkenalkan pada ZX-25R SE pada harga cadangan RM33,900.

Berapakah harga dan bilakah tarikh rasmi pelancaran ZX-25RR?. Kita nantikan..buat masa ini Modenas sedang bersiap sedia memperkenalkan skuter Kymco AK550. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here