Jaecoo Malaysia pratonton J7, lancar suku kedua tahun ini

482

Jaecoo Malaysia baru saja mempertontonkan Jaecoo J7 ke pasaran tempatan. SUV pertama itu bakal dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

Diposisikan sebagai SUV premium off road, J7 menampilkan rekaan gril besar bersama lampu utama LED bersaiz kecil. Penampilan luar itu dilengkapkan dengan rim aloi Aurora 19-inci.



SUV itu memiliki panjang 4,500mm, lebar (1,865mm) dan tinggi (1,680mm) dengan jarak roda 2,672mm. Dimensi itu menjadikan saiz J7 hampir sama dengan Toyota Corolla Cross dan lebih kecil berbanding Mazda CX-5.

Melengkapkan fungsinya sebagai jentera off road, J7 memiliki jarak kelegaan tanah 200mm, kedalaman air 600mm dan kapasiti tunda 1,300kg serta ruang but 412 liter.

Kabin J7 dilengkapi dengan cip berprestasi tinggi 8155, skrin panorama, skrin hiburan 14.8 inci, kluster instrumen 10.25-inci, paparan head up, pengecasan tanpa wayar 50W dan sistem audio Sony serta kerusi kemasan kulit dengan pencahayaan ambien 64-warna. 

Jaecoo J7 dilengkapi dengan enjin 1.6 liter turbo yang menghasilkan kuasa 194hp dan tork 290Nm dengan transmisi dual klac 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 8-saat menerusi pilihan pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD).

Demi ketenangan minda pemilik, J7 dilengkapi dengan 21 fungsi pemanduan pintar antaranya Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Kekal Lorong (LDW), Bantuan Kelajuan Selekoh, Bantuan Tukar Lorong, Lampu Depan Auto, Kawalan Kruise Adaptif dan lain-lain.

SUV itu bakal dipasarkan menerusi pemasangan tempatan (CKD) dan tanda harga masih belum diumumkan. Difahamkan, harga J7 tidak jauh berbeza dengan Chery Tiggo 8 Pro yang dilancarkan di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here