UMW Toyota henti pengeluaran Rush

686

Pengeluaran Toyota Rush dihentikan awal tahun ini. UMW Toyota Motor memperkenalkan MPV tujuh kerusi berkenaan pada 2018.

Pasaran tempatan menerima dua pilihan varian iaitu 1.5G dan 1.5S yang dipasang di kemudahan Perodua, Rawang bersama Aruz. 



Bahkan, tawaran produk tersebut sudahpun diturunkan dari laman web rasmi UMW Toyota. Untuk makluman, pesaing Rush iaitu Honda BR-V sudahpun meninggalkan pasaran tempatan awal tahun lalu.

MPV tersebut dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC yang menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm bersama transmisi automatik 4-kelajuan. 

Kadar penggunaan bahan api mampu mencapai 15.6 km per liter sekaligus melayakkannya pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Toyota Rush dijual pada harga  RM88,314 (1.5G) dan RM91,885 (1.5S) manakala Perodua Aruz  berharga  RM72,900 (1.5 X) dan RM77,900 (1.5 AV)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here