Tiga buah kereta Ahli Parlimen Beruas terbakar

342

Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung  terbakar pada awal pagi Rabu.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohd Zaki Mokhtarmin berkata, ketika kejadian, wakil rakyat DAP itu dan isteri berada di rumah namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kebakaran mengakibatkan sebuah kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus, manakala Honda CR-V dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

“Bomba menerima panggilan pada jam 3.05 pagi dan menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota kemudiannya melakukan pemadaman api menggunakan air dan ‘foam’, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak telah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Ayer Tawar dan akan mengadakan satu sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Ayer Tawar tengah hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here