Chery Tiggo 7 Pro lancar di Malaysia suku kedua tahun ini

337

Chery Auto Malaysia (CAM) mengesahkan akan membawa masuk Chery Tiggo 7 Pro pada suku kedua tahun ini.

Pasaran tempatan bakal menerima enjin 1.6 liter TGDi 4-silinder yang menghasilkan kuasa 197hp dan tork 290Nm dengan transmisi automatik dua klac 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 8.3 saat.

Antara ciri peralatan yang bakal ditawarkan pada SUV 5-kerusi tersebut :



  • Rim aloi 18-inci
  • Kamera 540 darjah
  • 17 fungsi ADAS
  • Bumbung panorama
  • Ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Dua skrin bersaiz 24.6-inci
  • Kerusi dengan liang pengudaraan
  • 8-pembesar suara Sony

Seperti mana Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, SUV baharu ini juga bakal dipasang tempatan (CKD) di kemudahan Chery. Chery Tiggo 7 Pro memiliki panjang 4,500mm dan lebar 2,710mm.

Menerusi ciri peralatan yang didedahkan CAM, pasaran tempatan menerima versi Tiggo 7 Pro Max yang dipasarkan di China. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here