Gathering TZR 125 Ke 8 Mengukuhkan Ukhwah

795

 

Menyingkap sejarah perhimpunan Yamaha TZR 125 bermula dari Tahun 2014.Dataran Senawang menjadi lokasi pertama berhimpunnya pemilik TZR 125.



Motif perjumpaan tersebut lebih kepada acara mengeteh dan sesi berkenalan disamping berkongsi masaalah tentang jentera TZR masing-masing.

Perjumpaan tersebut dihadiri seramai 35 orang pemilik TZR 125.

Diakhir perjumpaan tersebut kata sepakat dicapai dan perjumpaan sulung itu dinobatkan sebagai Gathering TZR 125 Malaysia Siri 1.

Presiden TZR 125 Malaysia -Noorazlan(Pak Alang/Apak)

Sepatutnya kali ini sudah menjadi perjumpaan Siri 10 bukan Siri 8.Covid-19 melanda,segala perancangan yang diatur lebur. Kami akur dengan arahan semasa.

Bermula dari tahun 2014 hingga ke saat ini,kami berhadapan dengan kekangan dana.

Apa yang nampak di depan mata segala persiapan,hadiah untuk pelbagai acara semuanya datang dari Kelab TZR 125 Malaysia,demikian luahan Presiden TZR 125 Malaysia.

Gathering TZR 125 Malaysia Siri 8 Tahun 2024 telah diadakan di PD Waterfront,Port Dickson.

Perhimpunan kali ini bermula agak suram dimana sebelah paginya hujan lebat.Angin laut meniup dengan kuat serta menggugat kelancaran acara yang dirancang.

Cuaca buruk bukan satu alasan bagi pemilik Yamaha TZR 125 untuk gagal hadir ke Perhimpunan Tahunan jentera berkenaan. 

Gathering TZR 125 siri 8 berjaya menghimpunkan hampir 300 orang pemilik TZR 125 dari seluruh semenanjung.

Wakil Motoqar cukup teruja melihat majoriti jentera TZR 125 yang ada di perhimpunan siri ke 8 ini masih lagi mengekalkan keaslian keluaran kilang.

3 warna asli keluaran kilang terpampang depan mata iaitu Hitam Merah,Biru Kuning dan Putih merah. Boleh dikatakan pemilik Yamaha TZR 125 terdiri dari Otai-otai permotoran.

Hasil temubual dengan pemilik-pemilik yang hadir,satu kejutan yang kami terima iaitu tentang harga model tersebut.

Boleh dikategorikan nilai TZR 125 masa kini setaraf dengan Yamaha RXZ 125.

RM40,000.Itu harga TZR 125 yang cantik, keaslian keluaran kilang di pasaran masakini.Bercerita tentang alat-alat ganti,pemilik mempunyai banyak pilihan.

Ini kerana pemilik boleh mendapatkan alat-alat ganti jentera ini melalui pelbagai sumber khususnya media sosial dan pastinya harga berbeza-beza.

Kekangan dana.Itu isu yang menjadikan acara perhimpunan tahunan TZR 125 tampak berbeza khususnya dari segi hadiah-hadiah kepada pemenang yang bertuah.

Bermula dari Tahun 2014 hingga kini tiada sebarang peruntukkan dana yang khusus diperolihi oleh penganjur bagi mengadakan acara.

 

Setiap kali penganjuran,dana datangnya dari penjualan cendermata kelab serta kutipan dari ahli-ahli serata semenanjung.

Hadiah-hadiah kepada peserta yang bertuah majoritinya dibeli melalui sumber jualan cenderahati kelab dan penajaan dari beberapa kedai motosikal.

“Andai pihak Yamaha dapat turun padang untuk melihat acara yang kami adakan dalam memartabatkan model “Rare” jenama Yamaha ini, itu kami anggap satu bonus”.

Kami mengadakan acara ini bukan baru,malah sudah hampir 10 tahun.

Lumba Motor menggunakan kaki

Pelbagai acara pengisian acara turut diadakan iaitu lumba motor menggunakan kaki,motosikal perlahan dan acara tradisi tarik tali sebagai penutup acara.

Walaupun model TZR 125 ini jentera lama,para pemiliknya masih bertahan serta tiada istilah “PUPUS” bagi kami,demikian luahan Pak Lan kepada wakil Motoqar.

Noorazlan Othman,52, yang juga dikenali sebagai Pak Lan serta lebih mesra disapa dengan panggilan Apak di kalangan pemilik TZR 125 adalah Presiden TZR Malaysia.

Motoqar berharap seruan dari Presiden dan pemilik TZR 125 Malaysia dapat dipertimbangkan oleh pihak Hong Leong Yamaha serta sudi turun padang melihat secara dekat acara berkenaan.

 

 

Galeri :-

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here