Kilang NEV pertama Malaysia bakal beroperasi tahun depan, pasang Neta

419

Kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) di kawasan perindustrian Chembong di Rembau bakal mewujudkan satu gelombang ekosistem baharu di Negeri Sembilan.

Pembinaan kilang berkeluasan 29.68 hektar itu merupakan usaha sama Careplus dan pihak GoAuto menerusi Syarikat Joint Venture (JV), NexV Manufacturing Sdn Bhd yang akan dibina secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2028.



Fasa pertama melibatkan pembangunan kemudahan pemasangan yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini. 

Kemudahan tersebut mempunyai kapasiti permulaan 30,000 unit setahun yang mana satu pertiga adalah model NETA melalui usaha sama di antara Careplus dan Intro Synergy Sdn Bhd (anak syarikat GoAuto).

“Fasa kedua dan ketiga akan bermula pada tahun 2026 dan 2028, bagi meluaskan kapasiti pengeluaran kepada 50,000 unit setahun.

“Jumlah pelaburan bagi pembangunan kilang adalah sekitar RM600,000,000 yang mana mewujudkan lebih 600 pekerjaan mahir dan separa mahir dengan pengkhususan pembuatan EV,” katanya menerusi kenyataan media.

NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) akan memulakan operasi suku pertama 2025 dan proses pengambilan dan latihan tenaga kerja bagi kilang akan bermula Ogos 2024.

Kilang itu juga akan memasang jenama EV Higer dan Yutong (diedarkan oleh GVT Sdn Bhd dan usaha sama di antara W&R Resources Sdn Bhd dan Kumpulan Careplus Berhad). 

“Kami berbangga dengan sokongan meluas yang diberikan kepada projek ini, dari kerajaan negeri dan juga persekutuan, yang menyumbang kepada kemajuan CKD dan lokalisasi yang pesat di dalam negara.

“Kami percaya ini adalah satu langkah signifikan ke arah menjana penerimaan dan kesedaran mengenai kenderaan elektrik di masa depan”, kata Pengerusi Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

 




 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here