BMW Malaysia perkenalkan BMW X5 xDrive50e M Sport CKD, harga bermula RM530K

463

Menyusuli kejayaan BMW X5 dalam pasaran Malaysia pada 2023, BMW Malaysia memperkenalkan varian ‘plug-in’ hibrid jentera Sports Activity Vehicle (SAV) baharu iaitu BMW X5 xDrive50e yang turut dipasang di dalam negara. 

Hadir dengan pakej M Sport secara standard, BMW X5 xDrive50e baharu melihat pengemaskinian yang signifikan dari segi prestasi dan keefisienan. Ia memiliki lebih banyak kuasa dengan jarak operasi elektrik yang tinggi, tanpa mengkompromikan keelegenan dan kemegahannya.

Dari sudut dinamik pemanduan, BMW X5 xDrive50e M didatangkan dengan rangkaian kuasa PHEV yang mampu membekalkan output gabungan berjumlah 489 hp – iaitu 96 hp lebih tinggi berbanding model terdahulu, juga dengan tork yang lebih tinggi kini berjumlah 700 Nm. 



Output gabungan enjin petrol enam sebaris 3.0 liter serta motor elektriknya membolehkan BMW X5 xDrive50e M Sport baharu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 4.8 saat. 

Daya elektrik jentera PHEV ini juga dinaik taraf, memberikannya jarak operasi elektrik sejauh 110 km (WLTP), di samping penambahbaikan sebanyak 7.4 kW dalam aspek pengecasan, membolehkan jentera ini dicas dari 0-100 peratus hanya dalam tempoh 4.5 jam. 

Kabinnya memiliki Ciri BMW Curved Display 14.9 inci dengan kluster paparan digital penuh yang sedia untuk diakses oleh pemandu, kini memuatkan BMW Operating System 8.5. 

Ia termasuk BMW Live Cockpit Professional dan panel instrumen BMW yang menyokong pelbagai kaedah interaksi di antara pengguna dan kenderaan, yakni melalui iDrive Controller, suara, sentuhan atau dengan menggunakan Gesture Control. 

Light Bar dengan struktur permukaan berhablur, serta sistem bunyi keliling Harman Kardon turut didatangkan secara standard. 

Konsol sentral di dalam BMW X5 xDrive50e M Sport baharu juga kini menampilkan tata atur baharu serta butang fungsi sentuh tambahan, dan penukaran gear kini dibuat dengan suis jumpelang (rocker switch). 

Ciri-ciri standard tambahan lain meliputi 

  • BMW Comfort Access
  • Driving Assistant Professional
  • Parking Assistant Professional

Ditawarkan dengan warna luaran

  • Black Sapphire
  • Manhattan
  • Mineral White
  • Skyscraper Grey

Warna dalaman

  • Black
  • Tartufo

Anggaran harga jualan bagi BMW X5 xDrive50e M Sport baharu ialah BMW X5 xDrive50e M Sport Baharu ialah RM 530,000.

Jualan mencatatkan 15,000 unit tahun lalu

Sementara itu, BMW Group Malaysia mencatatkan penyerahan berjumlah lebih daripada 15,000 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad tahun lalu sekali gus memperkukuhkan kedudukan Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia untuk tahun yang keempat secara berturut-turut. 

Jenama BMW berjaya menyerahkan sekitar 11,700, sementara MINI merekodkan pertumbuhan sebesar 42% dengan lebih daripada 1,700 kenderaan berjaya diserahkan. 

BMW Motorrad pula menyaksikan pertumbuhan sebanyak 13 peratus dengan lebih 1,500 motosikal yang diserahkan.

Bilik pameran BMW terbesar di Malaysia

Selain itu, Auto Bavaria melancarkan bilik pameran BMW yang terbesar di Malaysia dan bakal menjadi yang pertama di Lembah Klang untuk membawakan konsep rekaan dan perkhidmatan inovatif yang disebut sebagai Retail.NEXT.

Auto Bavaria Balakong memiliki ruang seluas 240,057 kaki persegi menyediakan suasana kelas pertama yang mencerminkan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan.

Bilik pameran itu membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan keeksklusifan. 

Ia juga akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah, membekali para pelanggan akses kepada ruang bertaraf premium untuk bersantai dan menyegarkan diri semasa lawatan mereka.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here