Rolls Royce Phantom Series II berlabuh di Malaysia, harga mula RM2.5 juta

437
Generasi ke lapan Phantom diperkenalkan pada 2017, iaitu model pertama yang menggunakan ‘Architecture of Luxury’ baharu menerusi bahasa senibina frem aluminium penuh rekaan jurutera Rolls Royce.
 
Terkini, Rolls Royce Motor Cars rasmi memperkenalkan Phantom Series II ke pasaran tempatan menerusi :
 
  • Phantom Series II : harga mula RM2.5 juta
  • Phantom Series II Extended : harga mula RM2.9 juta

Model berkenaan dijana oleh enjin 6.75 liter Rolls Royce V12 yang menghasilkan kuasa 563hp @ 5,000rpm dan tork 900Nm @ 1,750rpm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 5.5 saat. 

Rolls Royce Phantom memiliki panjang 5,762mm, lebar (2,154mm), tinggi (1,646mm) dan jarak roda 3,552mm. 

Fascia depan Phantom Series II diserlahkan menerusi garisan mendatar baharu antara lampu nyala siang (DRL) di atas gril Rolls-Royce Pantheon. Ini sekaligus memberikan garisan ufuk yang moden. 



Perubahan halus geometri pada gril Pantheon menyerlahkan watak utama lencana RR ‘Spirit of Ecstasy’.

Lampu depan ‘starlight’ yang muncul pertama kali pada Phantom Series II itu menampilkan keunikan pencahayaan pada waktu malam menerusi 580 bintang potongan laser.

Profil sisi masih mengekalkan signatur Rolls Royce menerusi depan yang pendek dan overhang belakang serta jarak roda yang panjang. Ia kemudian disempurnakan dengan rim aloi 3D baharu.

Selain itu, Phanton Series 11 turut menawarkan kemasan gril krom gelap, bonet hitam serta kemasan frem sisi. 

BAHAN KUALITI TINGGI 

Bahagian kabin pula hampir tidak berubah yang mana roda stereng kini lebih tebal. Perhatian terhadap kemasan mewah boleh dilihat pada papan pemuka dan sisi pintu dengan pemilihan jenis kayu dan bahan kulit berkualiti tinggi.
 
Ciri mewah kabin diserlahkan melalui penggunaan kusyen kulit Scivaro Grey dan Peony Pink dan pemasangan monogram RR pada perehat kepala serta ‘headliner shooting star’ yang menggunakan ratusan lampu gentian optik.
 
Ciri peralatan lain yang didatangkan termasuklah talaan televisyen, konfigurasi teater penumpang belakang, kerusi urut depan/belakang, audia Bespoke, ‘coolbox’ kerusi lounge, meja piknik, pelapik kaki wul biri-biri dan ekzos krom serta lain-lain.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here