Seorang lelaki yang memiliki rambut seperti helmet menarik perhatian netizen di media sosial.
Lelaki terbabit popular menerusi perkongsian video @Eddie82 di TikTok, lelaki berkenaan mengakui bahawa rambutnya asli dan telah ‘dijaga’ selama 40 tahun.
“Rambut asli, simpan 40 tahun. Saya sendiri buat,” katanya ketika disoal @Eddie82.
Orang ramai bukan sahaja beranggapan bentuk rambut lelaki yang bekerja menjual barangan terpakai itu unik, malah turut menyifatkan ia sesuatu yang lucu.
“Kalau lalu tepi JPJ pun tak perasan ingatkan dah pakai helmet. Tinggal nak letak visor ja,” komen @liya.
“Polis pun keliru nak sama atau tak,” ujar @niniy.
“Memang unik rambut Uncle ni. Dalam Malaysia, dia sorang ja rambut macam ni, comel. Uncle ni pun gelak ja,” usik @Toonas ketika dipetik menerusi Kosmo Online