Sempena menyambut Tahun Baru Cina, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat untuk meraikan kepada pelanggannya.
Program yang diadakan di BHPetrol Jalan Kebun, Klang, Selangor dengan kerjasama rakan strategik Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Acara itu lebih meriah selepas dihadiri 150 orang daripada pihak pengurusan BHPetrol, Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) JPJ, pengusaha-pengusaha stesen BHPetrol di kawasan Lembah Klang, rakan media, komuniti setempat dan pelanggan BHPetrol.
Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad (kiri gambar di atas) berkata, program itu adalah satu usaha CSR syarikat yang sentiasa peka kepada keselamatan pemandu terutamanya di musim perayaan.
“Kami percaya usaha ini dapat memberikan satu langkah positif dalam menyokong usaha kerajaan menangani isu-isu keselamatan jalan raya di Malaysia.
“Semoga semua tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Berhati-hati lah di jalan raya, pandu cermat sampai selamat.” katanya.
Program itu adalah acara tahunan BHPetrol untuk meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama pengunjung BHPetrol.
Dengan kerjasama oleh pihak BKJR, pelanggan berpeluang mendapatkan tips keselamatan di jalan raya serta pemeriksaan kenderaan.
Pelanggan dinasihatkan untuk mengamalkan pemanduan yang berhemah, menitik beratkan keselamatan diri dan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.
Selain itu, pelanggan yang hadir turut menerima beg cenderahati berisi makanan dan minuman ringan sebagai bekalan.